Wednesday, December 3, 2014

Atkins Diet

Ha, mesti ramai yang nak tahu pasal Atkins Diet ni kan?? Al maklumlah lepas kahwin ni badan makin sihat. En hubby jaga elok :)

Sebenarnya b4 kahwin dah pernah buat Atkin, dan memang menjadi,. Lepas dah langgar pantang, nak mula balik, SUSAH GILER weyh..HAHAHA.. Nak tengok gambar selepas berjaya Atkins?
Lepas amalkan Atkins.
Masa lepas nikah 12 April 2014. Kurus lagi kan??
Wow!! mengancam gitu. Sekarang ini? Semangat nak tunjuk betapa besarnya aku sekarang ni, gigih amek gambar dekat office pakai self timer gitu :P

Taraaaa~~~ betapa kecil moleknye aku sekarang ini.

Secara ringkasnye, Atkins ni ada 4 phase:
1) Induction (permulaan dan pengenalan) - 2 minggu atau lebih
2) Ongoing weight loss (penyusutan berat berterusan)
3) Pre-maintenance
4) Lifetime maintenance

Ape pon, paling penting nak mula adalah Induction Phase. Waktu ini uolls semua dilarang mengambil sebarang/semua jenis makanan berunsurkan karbohidrat:

1- Nasi, mee, mee hun dan seumpama dengannya (ini la setiap hari makan)
2- Berasaskan tepung, cth kuih muih, roti canai dan bla bla..
3- Buah-buahan (lps 2 mgu baru boleh makan)
4- Segala jenis minuman manis
5- Sayur-sayran berasaskan karbo, cth kentang, ubi, dan lain2.
6- Snek2 makanan ringan dan makanan diproses.

Dan segala macam makanan lagi la yg ada karbohidrat. Maximum 1hari boleh amik 20g karbo je hokeyh. Kalau nak tahu 1 portion makanan ada berapa banyak karbo, boleh rujuk atau install apps My Fitness Pal.Memang sangat2 berguna (walaupun sekarang ini dah jadi hiasan je dalam H/P nie)

Uolls jangan pulak rasa Atkin ni kejam, apa yg boleh dimakan adalah seperti di bawah. Makanlah banyak mana pon, InsyaAllah masih akan turun. X PERCAYA? Cuba la dulu..hik3..

List makanan untuk Atkins.

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Seelok2 nya makanlah 4-5x sehari dalam portion yang kecil. Banyakkan minum air kosong 8 gelas sehari ye. Dulu aku rajin pagi2 buat mix salad + timun + tomata. Mai dah kawin ni, husband I nak makan, dengan I pon kantoi makan. Heeee..

So, korang semua kene bagi I semangat balik nak buat Atkins ni. Jimat duit xpayah beli produk kurus bagai. Tapi I ade tengah cuba produk ni Jamu Surut Ayu. Nak tengok review? Tunggu next entry owkay. So far, baru 3 hari cuba.

Maka, untuk sesiapa yang nak cuba Atkins Diet, boleh la baca dekat  Portal Klik 1 Malaysia untuk tambah lagi maklumat.

Thanks for reading uollss~~ Jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment