Kami pergi naik MAS. Selesa la sikit, perjalanan ambil masa dalam 4 jam untuk sampai ke Guangzhou. Harga tiket lebih kurang RM1000 + visa ke china untuk single entry RM 115 (termasuk upah travel agent). Itu kos anggaran la kalau naik MAS. Kalau naik Air Asia maybe dapat cheaper kalau book awal. Siap book makan terus taw kalau naik Air Asia, kalau tak kebulur korang dalam flight tu ye :)
Kat bawah ni gambar hotel I, Swiss Otel Foshan. Rate dalam RM 280/night include breakfast. Duduk sini dulu sebab kan datang under business trip. Settlekan kerje dulu ye sebelum berjalan2 :)
Foshan ni bandar industri. Selalu orang datang sini untuk business trip sahaja. Susah jumpa Asean dekat sini, semua orang tengok I pakai tudung semacam je.
Swiss Otel Foshan, Guangzhou |
Luas kan bilik ini. Siap ada work table lagi. |
Dari tingkap bilik, waktu ni China tengah jerebu teruk |
Antara tempat famous untuk shopping barang digital;
1. New Asia international Digital & Electronic
2. Nan Fang Da Sha (bertentang jalan dengan New Asia)
3. Xi Wen Yuan International Digital Plaza (Sebelah New Asia).
Ni saja gambar yang ada ambik. Dekat sini macam korang datang Plaza Low Yat la. Penuh barang handphone dan aksesori. Boleh juling mata. Hubby I tukar screen glass protector Note 2 (retak sebab jatuh masa nak selfie di Cameron), dalam 205Yuen ( RM113). Murah kan??
New Asia International Digital & Electronic |
Di dalam Xi Wen Yuan International Digital Plaza |
Kedai barangan aksesori H/P |
Tip memborong:
1) Di China ni, tak ramai pandai cakap English, siap2 la download dictionary dalam H/P.
2) Guna kalkulator untuk berkomunikasi. Sebut 1 piece or Many2.
3) Pastikan datang trip lama sikit sebab bila order, esok nya baru dapat barang dan boleh mintak hantar ke hotel.
4) Bayar deposit barang yang ditempah seminimum mungkin. Lepas dapat semua barang, PERIKSA BETUL2, baru bayar habis.
5) Untuk POWER BANK - hanya 2pcs sahaja dibenarkan bawa naik kapal terbang untuk seorang. Kalau nak tahu experience kami ditahan kastam, boleh baca next entry.
Sekian untuk entry ini. Harap dapat membantu anda semua.
Nak baca entry yang lain?
Trip Borong ke Guangzhou, China Part 2 - Tips makanan
Trip Borong ke Guangzhou, China Part 3 - Ditahan Kastam China
babe.. awak ade contact guider di sana? saya berminat ke sana bersama keluarga dalam 5 orang.. Mei 2016 ni.. masalah kami cume guider.. atau awak hanya pegi sendiri? boleh share beberapa tips.. memandangkan kat sana hampir semua tak boleh berbahasa inggeris.. harap awak dapat membantu.. terima kasih yang tak terhingga.. :)
ReplyDeleteHi Rosmanita,
DeleteMaaflah saya memang tak ada contact tour guide sana. Pergi sendiri je.
Yang penting bila duduk hotel mintak business card diorang untuk tunjuk pada driver teksi. Naik teksi tu memang tawakkal saja lah. Hati-hati jugak dengan pick pocket ya.
oh awak ke sana sendiri je yee.. amazing ! respect.. :) maknanya awak ke mane2 dengan teksi ? maaf banyak tanye.. kami teragak2 nak ke sana tanpa guider.. takut nanti komunikasi tu tak jadi.. kami plak terpinga2.. lega jumpe blog awak..
ReplyDeleteBetter awak cari tour guide sebab saya pergi sana ada business trip di foshan. After that direct ke Guangzhou. Lagi pun kami berdua, awak berlima. Dari Malaysia saya dah survey tempat yang saya nak pergi menggunakan google map. Screenshot dan simpan dalam handphone. Dekat sana internet limited. Kalau dah tahu nak pergi mana, elok awak cari nama dia dalam bahasa cina. Lebih senang nak tunjuk dekat driver teksi. Semoga dipermudahkan perjalanan awak nanti.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete