Friday, December 5, 2014

Trip Borong ke Guangzhou, China Part 2 - Tips Makanan

Ok. arini I share sikit about nak bawak food pulak ye untuk trip ke Guangzhou, China.
Apa yang I dapat lihat, di China ada la kedai makanan halal tapi susah sikit nak cari. Masa pergi haritu, kami makan dekat dengan area hotel ; di Casablanca Restaurant (makanan Arab), 1 deret dengan kedai tu, ada lagi 1 kedai halal, xingat nama apa :) Nak tahu kedai halal atau tak, dia ada tulisan hijau dan pekerja pakai kopiah.

Sate kambing yang femes. Halal tau. Tengok kopiah tu. 
Ni masa dinner di Foshan masa business trip. Maka makan sponsored by. Nampak tak ada sudu macam senduk nasi tu, Itu untuk ceduk lauk ye di round table depan tu.

Makan di kedai halal sederet dengan Casablanca Rest (Nama dlm bahasa cina). Harga macam ni, 60yuen ( RM35) sekali makan ye. Mahal woo.

Bagi aku, makanan diorang walau nampak macam sedap tapi X SEDAP hokeyh. Tawar je rasa dan x pedas. Mana la masuk dengan lidah aku ni. Hahahaha. Kalau dekat sini, cakap dari Malaysia, semua orang tahu. Tak tahulah sebab kes MH17 atau memang dah terkenal Malaysia kat sini :)

List makanan WAJIB bawak:

1) Of course la Maggi Cup. Ikutla bawak perisa apa yg korang suke.
2) Roti gardenia dan tuna. Ni time breakfast boleh makan.
3) Biskut/Coklat bar. kudap2an masa tengah shopping


Nak baca entry sebelum ini:

Trip Borong ke Guangzhou, China Part 1 - Borong Barang Elektronik
Trip Borong ke Guangzhou, China Part 3 - Ditahan Kastam China



Thursday, December 4, 2014

Trip Borong ke Guangzhou, China Part 1 - Borong Barang Elektronik

Saje nak share sikit bout experience pergi ke Guangzhou mase Mid of Nov 2014. Suppose pergi due to business trip tapi sebab besday hubby dah dekat, bawak la dia pergi sekali. Dapat la merasa tempat orang. Di samping itu pulak, nak cari idea nak buat business, nak jual apa la bende yang menarik dekat China ni yang boleh buat duit di Malaysia.

Kami pergi naik MAS. Selesa la sikit, perjalanan ambil masa dalam 4 jam untuk sampai ke Guangzhou. Harga tiket lebih kurang RM1000 + visa ke china untuk single entry RM 115 (termasuk upah travel agent). Itu kos anggaran la kalau naik MAS. Kalau naik Air Asia maybe dapat cheaper kalau book awal. Siap book makan terus taw kalau naik Air Asia, kalau tak kebulur korang dalam flight tu ye :)

Kat bawah ni gambar hotel I, Swiss Otel Foshan. Rate dalam RM 280/night include breakfast. Duduk sini dulu sebab kan datang under business trip. Settlekan kerje dulu ye sebelum berjalan2 :)

Foshan ni bandar industri. Selalu orang datang sini untuk business trip sahaja. Susah jumpa Asean dekat sini, semua orang tengok I pakai tudung semacam je.

Swiss Otel Foshan, Guangzhou
Luas kan bilik ini. Siap ada work table lagi.
Dari tingkap bilik, waktu ni China tengah jerebu teruk
Habis business trip, kami gerak ke bandar guangzhou. Dah siap2 book hotel dalam Agoda, Xi Di Wan Hotel . Tengok review macam OK, nak save budget la katakan dan sangat2 dekat dengan tempat shopping untuk barang elektronik (memang ini yang kami nak pergi). Cuma jalan kaki dalam 10 min dah sampai. Tapi layanan receptionist dia x berapa bagus dan hotel dia kalau nak duduk utk 2 malam boleh la. Lebih dari tu, pengsan uolls. Hahaha. Aku dapat harga RM 160 for 3D2N.

Antara tempat famous untuk shopping barang digital;
1. New Asia international Digital & Electronic
2. Nan Fang Da Sha (bertentang jalan dengan New Asia)
3. Xi Wen Yuan International Digital Plaza (Sebelah New Asia).

Ni saja gambar yang ada ambik. Dekat sini macam korang datang Plaza Low Yat la. Penuh barang handphone dan aksesori. Boleh juling mata. Hubby I tukar screen glass protector Note 2 (retak sebab jatuh masa nak selfie di Cameron), dalam 205Yuen ( RM113). Murah kan??

New Asia International Digital & Electronic
Di dalam Xi Wen Yuan International Digital Plaza

Kedai barangan aksesori H/P
Bagi yang nak mula berniaga, boleh la cuba tips borong di bawah ini:

Tip memborong:

1) Di China ni, tak ramai pandai cakap English, siap2 la download dictionary dalam H/P.
2) Guna kalkulator untuk berkomunikasi. Sebut 1 piece or Many2.
3) Pastikan datang trip lama sikit sebab bila order, esok nya baru dapat barang dan boleh mintak hantar ke hotel.
4) Bayar deposit barang yang ditempah seminimum mungkin. Lepas dapat semua barang, PERIKSA BETUL2, baru bayar habis.
5) Untuk POWER BANK - hanya 2pcs sahaja dibenarkan bawa naik kapal terbang untuk seorang. Kalau nak tahu experience kami ditahan kastam, boleh baca next entry.

Sekian untuk entry ini. Harap dapat membantu anda semua.

Nak baca entry yang lain?

Trip Borong ke Guangzhou, China Part 2 - Tips makanan
Trip Borong ke Guangzhou, China Part 3 - Ditahan Kastam China









Review Jamu Surut Ayu

Hi uolls,
Macam I dah janji, nak bagi review sikit pasal produk Jamu Susut Dara Ayu ni. Jum tengok macam mana rupa dia.

Original mesti ada hologram dan ada bentuk lebah tau di kotak.

Botol di dalam, ada 30 kapsul (1 bulan penggunaan)
Ingredients di label botol

Original - Cop ASLI di atas penutup botol

Original - Warna kotak hijau pudar

I baru consume 4 hari, kesannya; kurang selera makan, banyak ke toilet (shi2), cepat rasa kenyang.

Bayangkan, I boleh tahan x breakfast makan roti canai, just teman hubby I je hokeyh. AMAZING :P

So, pada sesiapa berminat, boleh la contact I utk dapatkannya. Tak mahal pon. Cuma RM36 untuk 1 botol. Tahan sebulan.

Di botol; instruction suruh makan 2biji pagi sebelum breakfast, tapi bagi yang x biasa dengan jamu, I suggest makan la 1 biji dulu di pagi hari. I amalkan madu dan jus delima setiap pagi. So, I makan madu 1 sudu, jus delima 1 sudu, K-Colly half scoop, pastu baru makan jamu ni.

Berminat nak cuba?

Boleh kol/sms/wassap: Amy 0193571805









Wednesday, December 3, 2014

Review K-Colly Sweet 17

Saje nak share sikit pasal my experience gune K-Colly Sweet 17 yang dulu meletop2 masa cerita Ariana Rose sebab Fathia sendiri dah gunakannya. Memang putih gebuss kulit die uolls.

Memang MELETOP kan??
Maka, I pon cubalah nak memutihkan diri I yang x berapa nak putih sangat ini kan, hasilnya memang menjadi. Walaupun x adalah terlalu cepat kesannya, memang ada perubahan tau. Bermula dari kulit kaki, dari gelap semakin putih, sama la jugak dengan warna kulit tangan, makin cerah tau. Pada bahagian muka pulak, I ni ada masalah pores besar, pon jadi semakin mengecil.

Last week, balik rumah mak mertua, mak mertua tegur cakap nampak muka macam 'pink'. Gembira tak terkata. Hahaha. Gambar sebelum tak ada ambil, tapi hubby pon tegur cakap nampak cerah, dan I tak habis pon sebotol lagi. Sekarang hubby I pon consume tau.

Bagi sesiapa yang berminat nak beli atau nak tanya pendapat ke, boleh la wassap/kol/msj :

Amy (0193571805) , Email: hamizah87@gmail.com



Atkins Diet

Ha, mesti ramai yang nak tahu pasal Atkins Diet ni kan?? Al maklumlah lepas kahwin ni badan makin sihat. En hubby jaga elok :)

Sebenarnya b4 kahwin dah pernah buat Atkin, dan memang menjadi,. Lepas dah langgar pantang, nak mula balik, SUSAH GILER weyh..HAHAHA.. Nak tengok gambar selepas berjaya Atkins?
Lepas amalkan Atkins.
Masa lepas nikah 12 April 2014. Kurus lagi kan??
Wow!! mengancam gitu. Sekarang ini? Semangat nak tunjuk betapa besarnya aku sekarang ni, gigih amek gambar dekat office pakai self timer gitu :P

Taraaaa~~~ betapa kecil moleknye aku sekarang ini.

Secara ringkasnye, Atkins ni ada 4 phase:
1) Induction (permulaan dan pengenalan) - 2 minggu atau lebih
2) Ongoing weight loss (penyusutan berat berterusan)
3) Pre-maintenance
4) Lifetime maintenance

Ape pon, paling penting nak mula adalah Induction Phase. Waktu ini uolls semua dilarang mengambil sebarang/semua jenis makanan berunsurkan karbohidrat:

1- Nasi, mee, mee hun dan seumpama dengannya (ini la setiap hari makan)
2- Berasaskan tepung, cth kuih muih, roti canai dan bla bla..
3- Buah-buahan (lps 2 mgu baru boleh makan)
4- Segala jenis minuman manis
5- Sayur-sayran berasaskan karbo, cth kentang, ubi, dan lain2.
6- Snek2 makanan ringan dan makanan diproses.

Dan segala macam makanan lagi la yg ada karbohidrat. Maximum 1hari boleh amik 20g karbo je hokeyh. Kalau nak tahu 1 portion makanan ada berapa banyak karbo, boleh rujuk atau install apps My Fitness Pal.Memang sangat2 berguna (walaupun sekarang ini dah jadi hiasan je dalam H/P nie)

Uolls jangan pulak rasa Atkin ni kejam, apa yg boleh dimakan adalah seperti di bawah. Makanlah banyak mana pon, InsyaAllah masih akan turun. X PERCAYA? Cuba la dulu..hik3..

List makanan untuk Atkins.

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Seelok2 nya makanlah 4-5x sehari dalam portion yang kecil. Banyakkan minum air kosong 8 gelas sehari ye. Dulu aku rajin pagi2 buat mix salad + timun + tomata. Mai dah kawin ni, husband I nak makan, dengan I pon kantoi makan. Heeee..

So, korang semua kene bagi I semangat balik nak buat Atkins ni. Jimat duit xpayah beli produk kurus bagai. Tapi I ade tengah cuba produk ni Jamu Surut Ayu. Nak tengok review? Tunggu next entry owkay. So far, baru 3 hari cuba.

Maka, untuk sesiapa yang nak cuba Atkins Diet, boleh la baca dekat  Portal Klik 1 Malaysia untuk tambah lagi maklumat.

Thanks for reading uollss~~ Jumpa lagi.