1. Vaginal examination under full bius at Tropicana Medical Center with Dr. Surrinder Singh ( Feb 2017)
Lama kan tak update pasal TTC ni.
For this year, awal tahun aritu sambung balik lepas dah boleh move on dengan failure of IUI. Boleh baca entry dekat TTC journey part 3. So untuk sesiapa yang nak cuba IUI boleh la baca entry tadi tu howkayy.
Bulan 2 pergi buat check up for second opinion di Tropicana Medical Center. Disebabkan from previous history diagnose by Cervical Stenosis, inform la awal-awal dekat Dr. Surrinder Singh.
After that, he suggest to do examination under full bius untuk mengelakkan trauma. Budget around Rm2500 ke Rm3000. So try my luck cuba nasib apply company insurance, boleh cover. Lega rasa.
For, the first time, masuk hospital for day care. Start dari malam dah puasa for the procedure.
Rasa berdebar, takut, semua ada. Ni je gambor yang ada amek before procedure tu.
Gambar masa warded di day care
Maka, bermulalah procedure. Pakar bius akan masukkan gas dan sekelip mata dah tak sedar.
Habes je procedure, nurse kejutkan dan boleh masuk wad. After that, ada la bagi biskut dan air milo.
Lega la sikit lepas makan tu. Tapi tak ada rasa sakit pon lepas buat procedure. Oh lupa, doktor siap buat pap smear terus dah alang2 dia buat vaginal examination.
Setelah selesai semua, dah rasa ok sikit, discharge dari wad. Appointment dengan doktor buat hari lain sebab kita pun dah pening2 lalat :p
Next appointment dengan doktor, Dup dap dup dap.
Doktor: Saya dah tengok semuanya NORMAL. Tiada masalah. Saya yakin puan akan hamil sendiri dalam masa 2 bulan ni.
Me : Hamboi doktor ni, dia lebih yakin dari haku ( dalam hati). Jadi doktor saya dah suami tiada masalah la ye?
Doktor: Ya betul.
Me: Boleh ke kalau saya nak cuba IUI?
Doktor: Boleh. Awak sebenarnye boleh je hamil secara normal. Kalau nak cuba IUI pun boleh. Tiada masalah
Me: Alhamdulillah. Lega rasa.
FYI, doktor tu non muslim ye. Sebab tu la dia boleh cakap dengan yakin. Heeeee
Buat siapa-siapa yang nak cuba IUI atau IVF di Tropicana Medical Center ni boleh la cuba. Ada my friend buat dengan dia sekali dapat KEMBAR 3 tawwww.
Sebab tu I cuba 2nd opinion dengan doktor ni.
............................................................................................................................................................
2. Rawatan bekam dengan Ustazah di Klang ( June 2017)
Dah lepas 2 bulan, belum lagi rezeki kami. Kami mencuba alternatif lain pulak untuk buat bekam.
Kali ini both husband and wife buat bekam. Mula2 husband buat dulu, banyak darah kotor dia keluar especially di tumit sebab banyak asid urik.
After that, my turn pulak. Oh sebelum tu, dia akan amek torchlight dan check dari urat mata kita. Dari situ, dah boleh nampak apa penyakit kita. Ustazah tu cakap badan banyak angin, rahim jatuh dan lemah. Tujuan sebenar datang nak urut peranakan tapi Ustazah tu cakap, bekam lebih cepat bantu pulihkan rahim dari berurut. Bekam untuk peranakan dia letak cup di area perut dan dekat dengan area rahim. Lepas bekam, saya buat urutan betulakn tulang belakang. Kemudian ustazah tu suggest makan olive oil sebab dia akan bantu cepat pulihkan rahim.
Kos perbelanjaan:
Rawatan bekam per pax : RM 80
Urutan tulang belakang : RM 80
Paling best, ada bekam untuk slimming. Wowww!! Memang MUST TRY!!
Effect lepas bekam, rasa badan ringan dan kurang sikit lenguh2 belakang. Ha, tengok gambar ibu jari dekat bawah ini, nampak tak warna putih di kuku tu, sila check masing2 punya.
Ustazah tu cakap, itu tanda rahim kita sihat atau tak. Gambor sebelum tak ada amek pulak aritu. Kalau ikutkan untuk saya punya ibu jari sebelum bekam, tak ada langsung warna putih di kuku tu. Lepas je bekam, makan olive oil, Alhamdulillah ada perubahan.
Tapi, untuk dapatkan sebanyak putih ini di kuku, ada lagi yang saya amalkan yg saya akan kongsi di bawah.
p/s: Patutnye kene siapkan tulis report. Tapi xada mood la pulokkk. Haha. Lain yg dibuatnya.
..............................................................................................................................................................
3. Amalkan Royal V dan Majun Dhuha Jamu Ratu Malaya (August 2017)
Macam mana saya boleh terjebak untuk mencuba produk di atas?? Al kisahnye untuk support TTC, saya join program untuk kuruskan berat badan. Namun malang tak berbau, saya jatuh ketika berlari dan patah jari kelingking kanan.
Nampak macam happy. Sakitt wooooo. Berdenyut2!
Maka bermulalah kisah berubat nak bagi jari yang patah tu cepat baik. My mom terus belikan calcium amway, jeli gamat dan saya amalkan minum susu low fat. Seksanya masa patah jari ini, Dah la masa tu Raya Haji dan kenduri kahwin sepupu. Mampu tengok je la makanan. Nasib la husband sangat supportive.
Ok. Sambung balik pasal TTC. Masa balik Raya Haji, MIL introduce Majun Dhuha, elok katanya untuk saraf dan sendi. Saya pon beli dan MIL sponsor Royal V. Bermulalah episod saya amalkan Royal V dan Majun Dhuha untuk proses pembaikpulihan jari ku yang patah itu.
Haaaa..Surpriseeee.. Kesan dari minum Royal V dan Majun Dhuha tu, lebih BEST bila bersama suami. Saya pernah juga cuba macam2 produk, tapi produk ni paling serasi. Husband pon perasan perubahan tu. Heeeee.. Lagipon memang produk ni recommended jugak bagi mereka yang TTC.
Bagi siapa2 yang berminat tu boleh la tanya saya howkayyy!!
..............................................................................................................................................................
4. Berurut di Pusat urutan saraf (PUSAS) dan Multivitamin Blackmores - Sepember 2017
Tempat ni recommended by adik saya. Dia bawak anak dia yang 'anugerah terindah' berurut di sini.
1st time kami pergi, 1 family pergi dengan keluarga in law adik saya. Nak datang sini kene buat appointment dulu ya. Google je PUSAS dah boleh nampak alamat dan contact number.
Untuk rawatan pertama, dia akan urut di tapak kaki sahaja. Dia pegang2 je kaki saya, dia cakap rahim awak lemah ni. Telur tak matang. FUHHH. Time tu, terkejut saya. Sebab kalau pergi medical consultation, nampak semuanya OK sebab saya memang regular period cycle 29 to 30 setiap bulan.
Masa tu, dia cakap kene amalkan multivitamin. So saya tanya jenama apa yang bagus. Dia cakap tak kisah la jenama apa pun, asalkan multivitamin. Selesai je berurut, petang tu pergi cari terus dekat guardian. Tengok2 yang ada offer multivitamin blackmores 120s + 30s for RM 76. Apa lagi, grab terus la. Hahahaha.
Alhamdulillah lepas 3x sesi dalam masa 1 bulan, perubahan hormon dah bertambah baik dan rekod buku saya dah xada tulis masalah rahim. Berkat usaha Royal V + Majun Dhuha + Olive Oil + Mutivitamin dan Essential Oil Young Living (nanti saya citer pasal ni) kesihatan rahim saya semakin pulih. Ha, boleh la refer balik gambar ibu jari saya dekat atas tu. Bukan senang tau nak senang :)
Siapa sangka, saya yang setiap bulan regular period, mempunyai rahim yang lemah. Namun semua ini adalah ikhtiar kita selagi tidak bertentangan dengan agama.
...............................................................................................................................................................
5. Young Living Essential Oil (YLEO) - August 2016
Untuk entry ini, panjang lebar ceritanya. Nanti saya tulis dalam entry lain ya. Stay tune!!
.............................................................................................................................................................
6. OPK Test Ovulation ( November 2017)
Ini paling latest saya cuba. Before this pernah buat tapi tak ada lah determined macam this cycle.
Hahahahaha. Semuanya gara-gara stress bila tengok orang lain senang benar nak pregnant. Yang kita ni TTC bertahun dah mencuba.
I'm really down to earth. Emosi terganggu. Unable to think straight. But I remember one of my friend pernah ajar untuk buat affirmation using YLEO. So I try that method and Alhmdulillah I jadi betul2 determined to try my best for this cycle.
OPK result
Saya start buat dari CD 11. Tapi bila google dan baca blog orang lain, diorang semua simpan OPK test tu utk buat reference. Maka dengan gigihnye daku pon simpan la weyhhh. Maap la kalau ada yang geli ke hapa.
Kalau ikut kalender from Apps, hari yang betul2 subur adalah pada CD 16. Sebab tu la CD 16 tu beria buat test sampai 3x sehari. OPK ni beli murah dekat Shoppe ada 60 keping. Suka hati la guna banyak mana pon.
Akhirnya positive line timbul pada waktu malam CD 16. Maka yang disarankan adalah bersama pada hari OPK positive dan hari selepasnya kerana selepas positive OPK, dalam masa 24 ke 36 jam teluar akan dilepaskan. Dan dari bacaan ada yang mengatakan bahawa sperma boleh hidup dalam 3 ke 5 hari. Jadi cuba your luck dan maximise the chances.
Doakan daku berjaya for this cycle. Aaaminnnnn :)
...........................................................................................................................................................
Thanks buat yang sudi membaca :)