Sunday, April 24, 2016

TTC Journey Part 3 (IUI treatment)

Assalamualaikum semua. Lama jugak lah saya tak update blog. Hari ini saya nak share pengalaman saya untuk 1st IUI di HUKM.

Day 1-5(17.4.16)  - Makan clomid 150mg
Day 6-9                 - Injection 150ml Menotrophin
Day 10                  - Scan telur (Alhmdulillah telur cantik dan ketebalan rahim 6.8mm)
Day 11                  - Inject ovidrel untuk pecahkan telur.
Day 13(29.4.16)   - IUI proses di HUKM
Day 23                  - Pregnancy blood test
Day 24                  - Pregnancy blood test result (-ve)

Untuk injection 150ml Menotrophin tu, kene inject sendiri di rumah ye. Malam 1st tu en husband yg tlg inject kan, malam seterusnya saya inject sendiri. Jom tengok cara preparation untuk injection.

Yang row atas tu adalah solvent. Cuma pakai 1 botol je utk 1 injection.
Row bawah tu adalah ubat. 1 botol dosage 75ml. Sebab dosage saya 150ml, kene pakai 2 botol. Ubat ini semua kene simpan dalam peti ais tau, bahagian sayur tu.
Yang ni pulak dari kiri, syringe, jarum pendek dan jarum panjang. Patutnya ada dapat alkohol sekali. Lupa amek gambor.
Yang ni plak lepas dah siap dan ready nak inject diri sendiri.

Cara-caranya adalah:
1. Ambil syringe dan jarum panjang untuk dapatkan solvent dalam botol macam dekat atas tu.
2. Lepas dah sedut solvent tu, inject pulak ke dalam botol ubat (penutup biru) untuk larutkan ubat tu. 3. Lepas ubat tu dah larut, sedut balik dan inject pulak ke dalam botol ubat ke2.
4. Jadilah macam gambar dekat atas ni. Ready untuk injection. Jgn lupa pulak untuk tukar kepada jarum pendek ye. Mahu pengsan sakit masa nak inject dekat perut.
5. Inject di perut, jarak 2 jari dari pusat kita. Tak kesah lah dekat kanan ke, kiri ke, atas ke, bawah ke, asalkan jarak 2 jari dari pusat.
6. Tanda kawasan yg nak inject tu.
7. Sapukan alcohol pada kawasan tu. Cubit kawasan yang nak di inject.
8. Mulakan dengan Bismillah dan niat semoga telur kita membesar dengan jayanya. Amin.

Mesti ramai nak tahu sakit ke tak injection ini kan? Pada saya tak sakit pon sbb lemak banyak dekat perut. Heee. Darah ada la keluar sikit je. Lepas inject tu pun, tak nampak pon kesan dekat mana kita cucuk tu. Jadi, jangan risau ye kawan-kawan semua. InsyaAllah semoga dipermudahkan. Amin.

Selepas scan telur dan keputusan saiz telur memuaskan, kene inject ovidrel dalm masa 48jam sebelum buat iui. Ini untuk memastikan telur yg matang pecah semasa iui dijalankan.

Kali ni tak perlu bancuh sendiri, dah siap ada dalam syringe. Cuma inject sahaja di perut sama macam prosedur di atas.
Oh ya, total kos untuk IUI di HUKM (MAC). Dianggarkan dari Rm 2k - Rm 3k. Setiap orang berbeza harga dari segi kos ubat. Kos untuk rawatan saya seperti di bawah

Clomid 5 days = RM 24
Injection 4 days = RM 618 (Ubat ini kene simpan suhu 2-8celcius. Jadi kene bawak ice box bila beli                                 ubat ni. Saya sewa di farmasi, kene bayar Rm50. Nanti dah pulang dapat balik     
                              duit)
TVS Scan = RM 53 (Bayaran sekali sahaja. Kalau datang scan banyak kali pon takpa)
Injection Ovidrel = RM 87 (Kena simpan dalam ice box jugak ye)
IUI proses = RM 583
Ubat Duphaston/Femostone = RM 350
Blood Pregnancy Test = RM 6

Total = RM1721

Dukacita dimaklumkan IUI yg 1st gagal. Sedih memang sedih, namun tetap kene kuatkan semangat. Sebab saiz telur dah cantik, sperm dah cantik, tapi rezeki masih belum memihak kepada kami.
Nasib ada suami yg sangat2 memahami dan Parents serta Family In-laws yg supportive. Kena la kumpul balik duit. Plan lepas ni nak cuba dekat Chaudry Medic Center. Nanti kita update dalam post lain pulak ye. Semoga kita semua dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah. Bukan semua orang perjalanan TTC nya sama.