Thursday, November 16, 2017

TTC Journey Part 4

TTC for Year 2017 Journey 

1. Vaginal examination under full bius at Tropicana Medical Center with Dr. Surrinder Singh ( Feb 2017)

Lama kan tak update pasal TTC ni.

For this year, awal tahun aritu sambung balik lepas dah boleh move on dengan failure of IUI. Boleh baca entry dekat TTC journey part 3. So untuk sesiapa yang nak cuba IUI boleh la baca entry tadi tu howkayy.

Bulan 2 pergi buat check up for second opinion di Tropicana Medical Center. Disebabkan from previous history diagnose by Cervical Stenosis, inform la awal-awal dekat Dr. Surrinder Singh.

After that, he suggest to do examination under full bius untuk mengelakkan trauma. Budget around Rm2500 ke Rm3000. So try my luck cuba nasib apply company insurance, boleh cover. Lega rasa.

For, the first time, masuk hospital for day care. Start dari malam dah puasa for the procedure.
Rasa berdebar, takut, semua ada. Ni je gambor yang ada amek before procedure tu.

Gambar masa warded di day care

Maka, bermulalah procedure. Pakar bius akan masukkan gas dan sekelip mata dah tak sedar.
Habes je procedure, nurse kejutkan dan boleh masuk wad. After that, ada la bagi biskut dan air milo.
Lega la sikit lepas makan tu. Tapi tak ada rasa sakit pon lepas buat procedure. Oh lupa, doktor siap buat pap smear terus dah alang2 dia buat vaginal examination.

Setelah selesai semua, dah rasa ok sikit, discharge dari wad. Appointment dengan doktor buat hari lain sebab kita pun dah pening2 lalat :p

Next appointment dengan doktor, Dup dap dup dap.

Doktor: Saya dah tengok semuanya NORMAL. Tiada masalah. Saya yakin puan akan hamil sendiri dalam masa 2 bulan ni.

Me : Hamboi doktor ni, dia lebih yakin dari haku ( dalam hati). Jadi doktor saya dah suami tiada masalah la ye?

Doktor: Ya betul.

Me: Boleh ke kalau saya nak cuba IUI?

Doktor: Boleh. Awak sebenarnye boleh je hamil secara normal. Kalau nak cuba IUI pun boleh. Tiada masalah

Me: Alhamdulillah. Lega rasa.

FYI, doktor tu non muslim ye. Sebab tu la dia boleh cakap dengan yakin. Heeeee

Buat siapa-siapa yang nak cuba IUI atau IVF di Tropicana Medical Center ni boleh la cuba. Ada my friend buat dengan dia sekali dapat KEMBAR 3 tawwww.
Sebab tu I cuba 2nd opinion dengan doktor ni.

............................................................................................................................................................

2. Rawatan bekam dengan Ustazah di Klang ( June 2017)

Dah lepas 2 bulan, belum lagi rezeki kami. Kami mencuba alternatif lain pulak untuk buat bekam.
Kali ini both husband and wife buat bekam. Mula2 husband buat dulu, banyak darah kotor dia keluar especially di tumit sebab banyak asid urik.

After that, my turn pulak. Oh sebelum tu, dia akan amek torchlight dan check dari urat mata kita. Dari situ, dah boleh nampak apa penyakit kita. Ustazah tu cakap badan banyak angin, rahim jatuh dan lemah. Tujuan sebenar datang nak urut peranakan tapi Ustazah tu cakap, bekam lebih cepat bantu pulihkan rahim dari berurut. Bekam untuk peranakan dia letak cup di area perut dan dekat dengan area rahim. Lepas bekam, saya buat urutan betulakn tulang belakang. Kemudian ustazah tu suggest makan olive oil sebab dia akan bantu cepat pulihkan rahim.

Kos perbelanjaan:
Rawatan bekam per pax : RM 80
Urutan tulang belakang : RM 80

Paling best, ada bekam untuk slimming. Wowww!! Memang MUST TRY!!

Effect lepas bekam, rasa badan ringan dan kurang sikit lenguh2 belakang. Ha, tengok gambar ibu jari dekat bawah ini, nampak tak warna putih di kuku tu, sila check masing2 punya.

Ustazah tu cakap, itu tanda rahim kita sihat atau tak. Gambor sebelum tak ada amek pulak aritu. Kalau ikutkan untuk saya punya ibu jari sebelum bekam, tak ada langsung warna putih di kuku tu. Lepas je bekam, makan olive oil, Alhamdulillah ada perubahan.


Tapi, untuk dapatkan sebanyak putih ini di kuku, ada lagi yang saya amalkan yg saya akan kongsi di bawah.

p/s: Patutnye kene siapkan tulis report. Tapi xada mood la pulokkk. Haha. Lain yg dibuatnya.

..............................................................................................................................................................


3. Amalkan Royal V dan Majun Dhuha Jamu Ratu Malaya (August 2017)

Macam mana saya boleh terjebak untuk mencuba produk di atas?? Al kisahnye untuk support TTC, saya join program untuk kuruskan berat badan.  Namun malang tak berbau, saya jatuh ketika berlari dan patah jari kelingking kanan.


Nampak macam happy. Sakitt wooooo. Berdenyut2!

Maka bermulalah kisah berubat nak bagi jari yang patah tu cepat baik. My mom terus belikan calcium amway, jeli gamat dan saya amalkan minum susu low fat. Seksanya masa patah jari ini, Dah la masa tu Raya Haji dan kenduri kahwin sepupu. Mampu tengok je la makanan. Nasib la husband sangat supportive.

Ok. Sambung balik pasal TTC. Masa balik Raya Haji, MIL introduce Majun Dhuha, elok katanya untuk saraf dan sendi. Saya pon beli dan MIL sponsor Royal V. Bermulalah episod saya amalkan Royal V dan Majun Dhuha untuk proses pembaikpulihan jari ku yang patah itu.

Haaaa..Surpriseeee.. Kesan dari minum Royal V dan Majun Dhuha tu, lebih BEST bila bersama suami. Saya pernah juga cuba macam2 produk, tapi produk ni paling serasi. Husband pon perasan perubahan tu. Heeeee.. Lagipon memang produk ni recommended jugak bagi mereka yang TTC.

Bagi siapa2 yang berminat tu boleh la tanya saya howkayyy!!

..............................................................................................................................................................

4. Berurut di Pusat urutan saraf (PUSAS) dan Multivitamin Blackmores - Sepember 2017

Tempat ni recommended by adik saya. Dia bawak anak dia yang 'anugerah terindah' berurut di sini.
1st time kami pergi, 1 family pergi dengan keluarga in law adik saya. Nak datang sini kene buat appointment dulu ya. Google je PUSAS dah boleh nampak alamat dan contact number.

Untuk rawatan pertama, dia akan urut di tapak kaki sahaja. Dia pegang2 je kaki saya, dia cakap rahim awak lemah ni. Telur tak matang.  FUHHH. Time tu, terkejut saya. Sebab kalau pergi medical consultation, nampak semuanya OK sebab saya memang regular period cycle 29 to 30 setiap bulan.

Masa tu, dia cakap kene amalkan multivitamin. So saya tanya jenama apa yang bagus. Dia cakap tak kisah la jenama apa pun, asalkan multivitamin.  Selesai je berurut, petang tu pergi cari terus dekat guardian. Tengok2 yang ada offer multivitamin blackmores 120s + 30s for RM 76. Apa lagi, grab terus la. Hahahaha.

Alhamdulillah lepas 3x sesi dalam masa 1 bulan, perubahan hormon dah bertambah baik dan rekod buku saya dah xada tulis masalah rahim. Berkat usaha Royal V + Majun Dhuha + Olive Oil + Mutivitamin dan Essential Oil Young Living (nanti saya citer pasal ni) kesihatan rahim saya semakin pulih. Ha, boleh la refer balik gambar ibu jari saya dekat atas tu. Bukan senang tau nak senang :)

Siapa sangka, saya yang setiap bulan regular period, mempunyai rahim yang lemah. Namun semua ini adalah ikhtiar kita selagi tidak bertentangan dengan agama.

...............................................................................................................................................................

5. Young Living Essential Oil (YLEO) - August 2016 

Untuk entry ini, panjang lebar ceritanya. Nanti saya tulis dalam entry lain ya. Stay tune!!

.............................................................................................................................................................

6. OPK Test Ovulation ( November 2017)

Ini paling latest saya cuba. Before this pernah buat tapi tak ada lah determined macam this cycle.
Hahahahaha. Semuanya gara-gara stress bila tengok orang lain senang benar nak pregnant. Yang kita ni TTC bertahun dah mencuba.

I'm really down to earth. Emosi terganggu. Unable to think straight. But I remember one of my friend pernah ajar untuk buat affirmation using YLEO. So I try that method and Alhmdulillah I jadi betul2 determined to try my best for this cycle.

OPK result

Saya start buat dari CD 11. Tapi bila google dan baca blog orang lain, diorang semua simpan OPK test tu utk buat reference. Maka dengan gigihnye daku pon simpan la weyhhh. Maap la kalau ada yang geli ke hapa.

Kalau ikut kalender from Apps, hari yang betul2 subur adalah pada CD 16. Sebab tu la CD 16 tu beria buat test sampai 3x sehari. OPK ni beli murah dekat Shoppe ada 60 keping. Suka hati la guna banyak mana pon.

Akhirnya positive line timbul pada waktu malam CD 16. Maka yang disarankan adalah bersama pada hari OPK positive dan hari selepasnya kerana selepas positive OPK, dalam masa 24 ke 36 jam teluar akan dilepaskan. Dan dari bacaan ada yang mengatakan bahawa sperma boleh hidup dalam 3 ke 5 hari. Jadi cuba your luck dan maximise the chances.

Doakan daku berjaya for this cycle. Aaaminnnnn :)

...........................................................................................................................................................

Thanks buat yang sudi membaca :)













Monday, May 15, 2017

AmyLyn Homestay Ipoh

Assalamualaikum,

Saja la nak share, saya ada buat pekhidmatan homestay tau. Betul2 terletak di bandar Klebang, Ipoh. Jadi, buat sapa2 yang ade berkunjung ke Ipoh, boleh lah roger2 kita kay kalau nak cari tempat bermalam. 


Apa yang BEST Sangat dengan AmyLyn Homestay ni????? 😍😍


Berdepan dengan AEON baru di Klebang ( Boleh jalan kaki je tau. Hehe)
Berdekatan dengan kedai makan, KFC, Mc Donald, Pizza Hut, Stesen Minyak, Bank dan macam2 lagi kemudahan la. 

Ciri2 Homestay

1. Corner lot rumah setingkat.
2. Parking yang luas. Boleh memuatkan 3 buah kereta.
3. Terdapat 2 ruang tamu.
4. Bilik tidur utama dilengkapi dengan 1 katil queen, almari, meja solek, private toilet dengan water heater dan juga air- cond
5. Bilik tidur kedua dilengkapi dengan 1 kayil queen,  meja solek, almari dan air-cond
6. Bilik tidur ketiga dilengkapi dengan katil bujang dan kipas dinding
7. Dapur yang tersangat luas dilengkapi dengan set meja makan, peti ais dan kettle.
8. Bilik air dan toilet umum.
9. Washing machine

10. Ironing facility

11. Set TV dengan Astro NJOI

Pendek kata InsyaAllah akan puas hati la dengan homestay kami.  Harga 1 malam = RM250. Boleh bagi murah lagi kalau amek lebih dari 1 malam kay. 

Jangan segan silu, wassap/call
Mad 012-565 6624 atau 
Iza 05- 2913 319

Kawasan luar homestay. Boleh parking dalam 3 kereta.
Bilik tidur kedua
Dapur yang sangat2 luas. Boleh main bola lagi :)

Bilik tidur utama



Khas untuk yang baru nak mula bela ikan


Ha? sapa sini suka bela ikan?
Cuba angkat tangan tinggi sikit 😊

Dulu masa 1st time bela ikan, belajar dengan incik boyfren. Ingat lagi masa tu suka sangat tengok Nemo. Maka kita pun belajar la bela Nemo. Sapa xtau Nemo tu ikan macam mana, meh kita tepek gambar sebijik.


Image result for real nemo
Ini la rupa nemo tu. Sebijik macam dalam kartun tu.

Nemo ni spesis ikan laut. Maksudnye ikan air masin, so sebelum bubuh ikan tu, kene prepare air dalam  akuarium dan tunggu sampai 2 minggu baru boleh bubuh ikan ye. Kalau tak, alamatnye kebarangkalian untuk ikan tu mati sangat2 tinggi.

Macam kes aku pulak, 2 minggu je dapat bela. Pastu ikan nemo tu mati. Sedeyh tau balik2 keje tengok ikan suma mati. Pastu terus berkubur la hasrat membela ikan. Itu citer 5 tahun lepas la kan. Hahaha.

Lepas dah kahwin dgn incik boypren sekarang ni dah jadi usben, mula lah episode membela ikan kembali. Ini gara2 kononye minat membela ikan incik usben, dgn kita sekali terheret sekali.

1st sekali ikan kami bela ialah ikan discus. Ghopenye macam dekat bawah ni ye. Gambor ihsan incik google. Cantik tau ikan ni dan mahal. Harga sume ratus2. Malangnye ikan2 ni pon mati. Ikan discus ni sangatla sensitip dengan pH air dan kuman/bakteria. masa bela discus ni, kami campur dengan ikan neon jugak. Ala, ikan yang kecik2 badan mcm lampu neon tu. Masa tu, tiba2 ikan neon macam diserang virus, ada 11 ekor, silih bergnati mati. Frust weyh, bela neon pon mati. Adoi la.

Ini ikan yang kami bela. Akuarium 4 kaki weyh. Kami beli 2nd hand. Jenuh angkat 2 org. 
Image result for ikan discus
Ikan Discus - gambor ihsan google.
Image result for ikan neon
Ikan Neon

Pastu kami pon rasa susah nak maintain akuarium besar, kami pon jual akuarium 4 kaki tu. Kami beli akuarium kecik je. Masa ni incik usben cakap nak try balik bela ikan air masin. Fuh, belanja xapayh cakap la memang mahal. Siap beli coral ag. Namun, nasib xmenyebelahi kami bila suma ikan kami mati ag sekali. Habes duit lagu tu ja weyh. 😓

Image result for akuarium kecil ikan air masin
Gambor dr google - kami ada bela nemo, ikan warna biru tu dan ada 2 3 jenis ikan lagi la + coral

Akhirnya kami buat keputusan try bela ikan guppy. Beli 13 ekor, 3 ekor je hidup lepas 1 minggu. Teruk betul la kami. Haha. Tangan panas sungguh la. Pastu kami bela seekor ikan puyu dalam 1 ag akuarium kecik. Hujung minggu lepas, tengok air dah keruh, aku n usben pon cuci la akuarium. Nampak la perut ikan betina tu macam kembung. Aku suspect mengandung. Usben aku cakap, tu perut buncit, jangan bagi makan banyak2. Sabor je la. 😌

Image result for ikan guppy
Salah satu jenis ikan guppy

Lepas akuarium dah bersih, kami pergi dekat jalan pasar. Mula2 ronda nak cari fius untuk office cik abg. Sekali tgk dk situ berlambak kedai ikan. Apa lagi, rambang mata kami tengok ikan. Dapat pulak beli guppy seekor harga 80 sen. Terus beli 10 ekor. Haha. Tambah koleksi dekat rumah. Hati gembira weyh.

Semalam baru balik dari kampung, tengok la ikan semua kebuluran. Bagi2 makan, tiba2 menjerit panggil husband. 

W: Saaaaayannnggggg, mai sini sat!!!
H: Awat?
W: Mai la sat. tengok akuarium kita ni.
H: (Datang cepat2. Bini dia ni buat suspens je). Awat panggil?
W: Tengok ni, ada anak ikan dalam akuarium kita.

Usben mai datang tengok dengan exited, betul la ada anak ikan. Yahooooo!! best gile bila berjaya bela ikan sampai beranak pinak. Tapi yang paling BEST, dalam akuarium tu ada ikan betina seekor je. Kesian dia asyik kene kerumun dengan ikan jantan kejar dia dari belakang. Hahaha. Nanti kami nak tambah lagi ikan betina.

Gamborrr anak ikan guppy????

Kecik bebenor pon. Nak tangkap gambor pon susah. Biar la besar sikit baru tepek sini kay 😃







Sunday, April 24, 2016

TTC Journey Part 3 (IUI treatment)

Assalamualaikum semua. Lama jugak lah saya tak update blog. Hari ini saya nak share pengalaman saya untuk 1st IUI di HUKM.

Day 1-5(17.4.16)  - Makan clomid 150mg
Day 6-9                 - Injection 150ml Menotrophin
Day 10                  - Scan telur (Alhmdulillah telur cantik dan ketebalan rahim 6.8mm)
Day 11                  - Inject ovidrel untuk pecahkan telur.
Day 13(29.4.16)   - IUI proses di HUKM
Day 23                  - Pregnancy blood test
Day 24                  - Pregnancy blood test result (-ve)

Untuk injection 150ml Menotrophin tu, kene inject sendiri di rumah ye. Malam 1st tu en husband yg tlg inject kan, malam seterusnya saya inject sendiri. Jom tengok cara preparation untuk injection.

Yang row atas tu adalah solvent. Cuma pakai 1 botol je utk 1 injection.
Row bawah tu adalah ubat. 1 botol dosage 75ml. Sebab dosage saya 150ml, kene pakai 2 botol. Ubat ini semua kene simpan dalam peti ais tau, bahagian sayur tu.
Yang ni pulak dari kiri, syringe, jarum pendek dan jarum panjang. Patutnya ada dapat alkohol sekali. Lupa amek gambor.
Yang ni plak lepas dah siap dan ready nak inject diri sendiri.

Cara-caranya adalah:
1. Ambil syringe dan jarum panjang untuk dapatkan solvent dalam botol macam dekat atas tu.
2. Lepas dah sedut solvent tu, inject pulak ke dalam botol ubat (penutup biru) untuk larutkan ubat tu. 3. Lepas ubat tu dah larut, sedut balik dan inject pulak ke dalam botol ubat ke2.
4. Jadilah macam gambar dekat atas ni. Ready untuk injection. Jgn lupa pulak untuk tukar kepada jarum pendek ye. Mahu pengsan sakit masa nak inject dekat perut.
5. Inject di perut, jarak 2 jari dari pusat kita. Tak kesah lah dekat kanan ke, kiri ke, atas ke, bawah ke, asalkan jarak 2 jari dari pusat.
6. Tanda kawasan yg nak inject tu.
7. Sapukan alcohol pada kawasan tu. Cubit kawasan yang nak di inject.
8. Mulakan dengan Bismillah dan niat semoga telur kita membesar dengan jayanya. Amin.

Mesti ramai nak tahu sakit ke tak injection ini kan? Pada saya tak sakit pon sbb lemak banyak dekat perut. Heee. Darah ada la keluar sikit je. Lepas inject tu pun, tak nampak pon kesan dekat mana kita cucuk tu. Jadi, jangan risau ye kawan-kawan semua. InsyaAllah semoga dipermudahkan. Amin.

Selepas scan telur dan keputusan saiz telur memuaskan, kene inject ovidrel dalm masa 48jam sebelum buat iui. Ini untuk memastikan telur yg matang pecah semasa iui dijalankan.

Kali ni tak perlu bancuh sendiri, dah siap ada dalam syringe. Cuma inject sahaja di perut sama macam prosedur di atas.
Oh ya, total kos untuk IUI di HUKM (MAC). Dianggarkan dari Rm 2k - Rm 3k. Setiap orang berbeza harga dari segi kos ubat. Kos untuk rawatan saya seperti di bawah

Clomid 5 days = RM 24
Injection 4 days = RM 618 (Ubat ini kene simpan suhu 2-8celcius. Jadi kene bawak ice box bila beli                                 ubat ni. Saya sewa di farmasi, kene bayar Rm50. Nanti dah pulang dapat balik     
                              duit)
TVS Scan = RM 53 (Bayaran sekali sahaja. Kalau datang scan banyak kali pon takpa)
Injection Ovidrel = RM 87 (Kena simpan dalam ice box jugak ye)
IUI proses = RM 583
Ubat Duphaston/Femostone = RM 350
Blood Pregnancy Test = RM 6

Total = RM1721

Dukacita dimaklumkan IUI yg 1st gagal. Sedih memang sedih, namun tetap kene kuatkan semangat. Sebab saiz telur dah cantik, sperm dah cantik, tapi rezeki masih belum memihak kepada kami.
Nasib ada suami yg sangat2 memahami dan Parents serta Family In-laws yg supportive. Kena la kumpul balik duit. Plan lepas ni nak cuba dekat Chaudry Medic Center. Nanti kita update dalam post lain pulak ye. Semoga kita semua dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah. Bukan semua orang perjalanan TTC nya sama.










Monday, March 21, 2016

TTC Journey Part 2

Assalamualaikum semua. Kali ini saya nak share sikit pasal my treatment. For this cycle, saya mulakan dengan ambil clomid 50mg untuk 5 hari. Bermula dari 1st day period sampaila hari ke-5.

Ubat clomid 50mg. Yg best semua instruction already printed there.
Sepatutnye kene scan telur pada hari ke 10/11 tapi sebab ada hal, I scan masa hari ke 12. Alhamdulillah telur membesar dengan jayanya.

Right follice : 21x21, 22x21, 10x7
Left follicle : Unable to visualize

Lepas habis scan telur, Dr Prakash explained, yang telur sudah membesar cantik. Untuk cycle ni, I cuma untuk bersama dgn hubby secara normal. On cd21, Buat blood test, tapi result negative.
So, on cd30, period pon mai.

Frust??? Mestilah. Macam2 ada di fikiran. Tapi banyakkan bersabar, ingat pada Allah. InsyaAllah kita akan menjadi kuat. Amin.


Wednesday, March 16, 2016

Sewa Kereta Murah KL, Desa petaling, cheras, bukit jalil, bandar sri permaisuri, pantai dalam

Perkhidmatan kereta sewa sekitar KL bagi kawasan Desa Petaling, Bukit Jalil, Pantai Dalam, Cheras, Bandar Sri Permaisuri. 

Jenis kereta: Persona 1.6 Auto
Condition : Tip Top
Promosi pengenalan :  
- Harian Rm 180
- 2 Hari Rm 380

Diskaun hebat untuk student!!
Hubungi Segera bagi mengelakkan tempahan penuh!

Sila Sediakan 5 Salinan Wajib :
1)My Kad / Passport
2)LESEN MEMANDU Yang SAH
3)Salah satu:-KAD PEKERJA/PELAJAR / BIZ KAD / SLIP GAJI / SURAT BEKERJA/BELAJAR
4)Salah Satu Bil Semasa:- Air/Elektrik/Astro/Telco
5)My Kad Penjamin utk rujukan jika berlaku kecemasan.

*Sewa minima 24jam
*Safe deposit dr RM100-300 ikut model kereta - akan dipulangkan

CARA TEMPAHAN:
Call terus 019-3571805  atau SMS kami untuk bertanya dulu.

1)SMS Nama,IC NO, Lokasi, Jumlah Hari Sewaan,Tarikh & Waktu Sewaan (ambil dan pulang kereta).

2)Setelah setuju dan berunding dengan pihak kami, sila bank in RM50 booking deposit ke akaun:
*pembatalan saat akhir kurg dar 24jam tidak akan dipulangkan tp boleh diguna pakai selama setahun.

Maybank 
No Akaun: 162375675529 
Nama Akaun: Hamizah Ahmad Zahidi

3)SMS info bayaran 019-3571805



Sunday, March 13, 2016

Pengalaman bekam darah di rumah

Last weekend kami decide nak cuba bekam darah since ada my husband collegue yang boleh buat. Sebab die perempuan, senang la sikit I nak buat bekam. I buat bekam badan, 8 cup dkt badan, 2 cup dekat peha, 2 cup dekat betis. Husband buat bekam resdung dgn husband collegue dia. Lepas buat tu cam biasa la, memang berbekas badan. Ni ha tgk gambar bawah ni husband I buat bekam resdung. Dua cup dekat pipi, 1 cup dekat dahi dan 1 cup dekat jantung/peparu. Yang ni je la blh tunjuk, yang dekat peparu tu seksi la. Hahahaha.

Gambar bekam di dahi
Kawan dia ini buat 3 kali tarik. Maksudnye, yang pertama dia cucuk sikit dulu, pastu baru cucuk banyak ag dan ag. Dia buat 3x. So kalau tempat yang kita sakit tu, bila buat bekam, darah x banyak keluar, mksudnye situ mmg bermasalah. Darah pekat sbb tu xmengalir. 

Paling best lepas bekam, husband I punya bekas dekat dahi memang terang. Akibatnya jadi la ustaz pakai songkok. Ni gambar keesokkan harinya, kami tersiap awal nak p kenduri. Sila abaikan latar belakang yang macam-macam tu. Heeee.

Karoke dekat rumah. Jimat duit.
Harga agak affordable la sbb mai datang rumah. Basic Rm70 utk 10 cup. Extra cup, hrga Rm 7 utk 1 cup. Untuk bekam resdung lak, Rm35 untuk 4 cup. Kalau kira2 kami nak p uptown dgn redah jem nye, xberbaloi rasa. Kami dah la mmg xsuka tempat crowded dan susah parking. 

Dulu pernah jugak buat bekam angin, sakit wooo. Siap nangis2 ag. Serik dah x p buat da. Tapi best buat bekam dgn mmber hsband ni, sbb dia urut2 sikit la sebelum bekam dekat point tu. Kalau berminat, boleh la pm dekat FB: Tya Tyra Bekam